Wednesday, January 26, 2011

LOVE PETS

Wahhh, mlm nie 27/01/2011 khamis malam jam 10.00 bertolak balik ke kampung. X sabar sangat nak balik tgok PETS. dah jadi mcm mn ntah laaa..sekarang Ayam serama dah ada 9 ekor 4 pasang.. tunggu hasil jee..\
nanti balik nk tgok dan ambil gambar yang terbaik punyaa...huhuuu..
Harap-harap selamat tiba bersama ayam serama..

Saturday, January 22, 2011

PERTANDINGAN AYAM SERAMA DI KEDAH

Pertandingan Ayam SERAMA:
> Jom Pakat-pakat P
> Tringin Sangat Nak P
> Harap-harap dapat P
> Jumpa d sana..!!!

Friday, January 21, 2011

TAHNIAH KEPADA PUTERI

> Puteri Elizebert dah bertelur..
> Terima Kasih Kepada Allah S.W.T
> Telur pertama dah pecah..

Thursday, January 20, 2011

Kenangan Di MAHA (UPM)

Gambar Kenangan Di MAHA banyak perkara yang saya dapat..
Lawatan ke tempat Ayam SERAMA..

Nie semua ayam2 Geng DATO'2 semua..
Sekor pn dah hampir RM5 - 30 ribu

Wednesday, January 19, 2011

FOR SALE (Ayam Kampung)

> Ayam Kampung Untuk DiJual
> Harga Mengikut Pasaran (Boleh Runding)
> Ayam Sihat Tanpa Suntikan
> Hubungi: M.Shukri (019-3672554)
> Lokasi: Kg Sena, Kuala Nerang, Kedah.
> Contoh Ayam Kampung
> Sihat dan Bebas dari bahan Kimia
> Makanlah Ayam Kampung kerana bebas dari Bahan Yang Merbahaya..

AYAM BARU DIBELI

Nama: Megat Selam
Harga: RM1280 jee..
Warna: Emas dan Perak
Gaya  : Selam Maut, Kuat Kibas dan Getar
Kelayakan: Boleh diBuat BAKA

> Gaya yang ditunjukan nie baru sedikit jaa..
> Megat Selam nie elok ja dijadikan BAKA sbb dia galak dan ada gaya meja..
> Harap-harap anak2 dia cantik lah dan bergaya mcm BAPAK dia..


Nama: Puteri Elizebert
Harga: RM1000 jee..
Warna: Putih dan Crim
Gaya  : Selam
Kelayakan: Buat Anak (Betelur)

> Ibu ayam nie dah xlambat nak bertelur dengan bapak kawan aku selam jgk cun dan menarik..
> Selepas dia dah bertelur dan mengeram aku nak pesom dengan bapak yg di atas 2..
> Tunggu lah nnti projek 2012 time TUAN dia nak kawin dan ayam pun akan dikawin kan huhuuu..
> Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.. Nsaya'Allah..

Tuesday, January 18, 2011

RINDU AYAM DAN BURUNG

Dah hampir sebulan berada di UKM, terasa rindu la pulak ayam Serama aku di kampung dan burung buji comel. xsabar nak balik kampung time raya cina nanti.. nanti balik aku nak bawak balik ayam baru aku beli. sangat mendada dan bergaya tapi bukan GAYA UKM heheheee..

Balik rumah nanti aku nak siapkan sangkar baru dan tempat yang sesuai dan menarik. kena pastikan ayam dan burung aku berada dalam keadaan sihat dan selesa...

Jom sama-sama kita memelihara binatang ciptaan Allah yang sangat unik..!!!

Monday, January 17, 2011

AYAM SERAMA

Apa itu Ayam Serama
Disunting dari Blog Ayam Serama Terengganu
Terima Kasih Kepada En. pemilik blog tersebut.

Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia.

AYAM serama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.

AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.

FAKTA: AYAM SERAMA
* Dipercayai berasal dari Kelantan.
* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
* Mempunyai kira-kira 2,000 warna
* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.

PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.

FOR SALE (Burung Budge Comel)

HARGA : RM50 (Sepasang)
JENIS    : Buji Kampung
PILIHAN: Boleh Dipilih Ikut  Selera
WARNA : Hijau, Kuning, Biru, Putih dan Warna Campuran

SALAM PERKENALAN

Kepada Semua Sahabat-sahabat SERAMA, Kami baru berjinak-jinak dengan DUNIA SERAMA mohon tunjuk ajar.. SEmua gambar yang ditunjukan adalah koleksi menarik kami dan berharap dapat memiliki ayam SERAMA seperti itu. PROJEK kami pada 2011 adalah BAKA-BAKA BARU dari REBAN Terpilih.. Mohon Sahabat-sahabat tunjuk ajarrr.. TQ.